Friday 26 September 2014

Asma

Penyakit Asma

Hari ini saya nak bercerita sedikit tentang penyakit asma.

Apakah itu asma?
Asma adalah satu penyakit radang sistem pernafasan yang kronik, di mana salur pernafasan menjadi:

* Merah.
*Bengkak.
*Menghasilkan lendir berlebihan.
*Mudah terangsang (hypersensitive).

Apabila terdedah kepada rangsangan atau faktor pencetus,salur pernafasan menjadi sempit dan ini menyebabkan kesukaran bernafas.
Tahap serangan asma berubah mengikut masa bergantung kepada pendedahan terhadap pencetus dan ubat kawalan
asma.

Apakah faktor pencetus?
Ada beberapa faktor pencetus yang menyebabkan gejala asma. Ada faktor pencetus yang biasa kepada semua
pengidap asma, manakala ada antaranya bergantung kepada individu tersebut. Antara faktor pencetus asma adalah:
*Jangkitan virus pada sistem pernafasan.
*Merokok.
*Perubahan cuaca.
*Alahan pada debunga seperti house dust mile, kulat dan binatang peliharaan.
*Senaman.
*Bahan perangsang seperti minyak wangi, bau cat dan habuk lantai.
*Makanan dan perasa tambahan makanan.
*Ubat seperti aspirin atau lain-lain ubat tahan sakit (NSAIDs atau pain killer).
*Emosi.
*Gastro-oesophageal reflux (Pengaliran asid dari dalam perut ke atas).

Apakah gejala asma?
Gejala utama adalah:
*Batuk.
*Batuk di waktu malam (waktu tidur).
*Rasa ketat di dada (nafas berbunyi seperti wisel).
*Susah bernafas.

Apakah tanda-tanda asma?
Sebahagian dari kanak-kanak tiada tanda perubahan fizikal semasa bebas dari serangan asma.Dada berbentuk dada burung (Barrel-shape chest) dapat
dielakkan sekiranya asma dapat dikawal dengan baik.Adanya tanda-tanda penyakit ekzema dan resdung (allergic rhinitis) juga menyokong diagnosa asma.Tanda kelihatan lebih jelas sewaktu serangan asma.

Kanak-kanak mungkin mengalami:
*Nafas berbunyi (Audible wheeze).
*Susah untuk menghembus nafas (breath out).
*Nafas laju.
*Denyutan jantung cepat.

Serangan yang teruk menyebabkan kanak-kanak :
*Kelihatan gelisah.
*Letih lesu.
*Bimbang.
*Kulit berpeluh dan sejuk.
*Warna kebiruan pada bibir dan kuku.
*Penurunan pada bacaan peak flow berbanding kadar bacaan peak flow terbaik individu tersebut (predicted value or personal best).



No comments:

Post a Comment