Friday, 17 April 2015

Antioksidan dan Kesihatan Anda


Antioksidan dan Kesihatan Anda

Antioksidan seperti Vitamin E atau beta karotena, secara sendirian tidak dapat menghindarkan penyakit jantung, melawan kanser, membasmi penyakit mata atau menghalang penyakit Alzheimer seperti didakwa sesetengah pihak.
Anggapan yang mengatakan antioksidan baik untuk kesihatan berpunca dari kajian yang mendapati mereka yang mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan mempunyai kesihatan jangka panjang yang lebih baik. Namun begitu untuk mendapatkan hasil yang diinginkan, seseorang harus mengambil pelbagai jenis antioksidan. Ujian menunjukkan bahawa penggunaan hanya satu jenis antioksidan sahaja memberikan hasil yang sangat mengecewakan.
Antioksidan merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein dan lemak. Radikal bebas merupakan hasil sampingan daripada proses penjanaan tenaga oleh badan kita. Antioksidan menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menghambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas. Radikal bebas juga menyebabkan kolesterol LDL menjadi lebih teruk dan menyebabkan kerosakan di merata tempat dalam tubuh kita.
Tubuh kita tidak menghasilkan antioksidan, namun ia memerlukan pelbagai jenis antioksidan untuk membantunya meneutralkan radikal bebas. Justeru kita perlu mengambil makanan yang mengandungi bahan tersebut. Para penyelidik antarabangsa telah membuat kajian ke atas lebih dari 1,000 makanan untuk menentukan tahap kandungan antioksidan di dalamnya. Mendahului senarai ialah acaiberi, blueberi, blackberi, walnut, strawberi, cranberi, raspberi, elderberi, bunga cengkih kisar, delima dan anggur merah.
Kesemua makanan tadi mengandungi antioksidan dari jenis yang berbeza. Memilih hanya satu makanan yang kaya dengan antioksidan tidak dapat membantu anda untuk kekal sihat. Anda perlu memakan beberapa jenis untuk mendapatkan pelbagai jenis antioksidan supaya dapat memberikan hasil yang diingini.

Friday, 3 April 2015

Daun belinjau

Belinjau.

 Entry kali ni saya nak cerita tentang pokok belinjau.

Pokok Belinjau ni dikenali sebagai Pokok Belingar, ialah salah satu Spesis Gnetim yang berasal dari Asia Tenggara dan pulau-pulau Lautan Pasifik barat, iaitu dari Assam selatan dan timur merentasi Malaysia dan Indonesia sehingga ke Filipina dan Fiji. Nama saintifiknya Gnetum gnemon.

Daunnya yang muda boleh dimasak asam. Nak lagi sedap makan dengan ikan goreng dan sambal belacan. Selain tu juga daun belinjau ni boleh dijadikan kerepek. 


 


Monday, 30 March 2015

Cerita pisang

CERITA PISANG

Seorang guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.

Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan. Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

”Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

”Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu mereka.

Cikgu mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada menanam perasaan benci.

Friday, 20 February 2015

Fungsi kalsium

Fungsi kalsium.

Entri kali ni saya nak bercerita tentang fungsi kalsium kepada tubuh badan kita. Seperti yang u all tahu kalsium berfungsi untuk pembentukkan gigi dan tulang yang kuat. Kalsium bukan setakat untuk gig dan otot ya tetapi ia juga untuk kesuburan dimana kajian para ilmuan mendapati dihujunh sperma terdapat komponen kalsium yang berfungsi membelah dan menembusi dinding telur kemudian baru pembentukan janin.

Kadangkala u all ada rasa kebas dan kesemutan juga merupakan kekurangan kalsium dimana kalsium berfungsi untuk memastikan otot dapat meregang dan mengecut. Kebas-kebas pada otot adalah kerana ototnya tidak meregang dan berkontraksi. Ia berlaku apabila mesej dari otak tidak sampai ke otot dan saraf (proses neurotransmitter. U all perlu tahu bahawa ion kalsium membantu pelepasan neurotransmitter. Ketiadaan kalsium menyebabkan arahan tidak sampai kepada penerima iaitu otot dan saraf.

Kekurangan kalsium akan menyebabkan sistem pertahanan tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Dimana kalsium bertindak sebagai alarm kepada sistem imun tubuh badan kita. Jika kita dijangkiti virus , sistem imun kita akan bertindak untuk memusnahkan virus. Sebenarnya sebelum sistem imun bertindak ion kalsium yang membawa arahan supaya sel-sel imun bertindak memerangi virus dan kuman. Kekurangan  kalsium akan menyebabkan sistem pertahanan tidak dapat berfungsi sepenuhnya.

Kalsium juga bertindak sebagai melancarkan sistem jantung dimana otot jantung akan bergerak apabila menerima arahan daripada kalsium.

Itulah diantara fungsi-fungsi kalsium yang saya dapat share dengan u all hari ni.

Tuesday, 3 February 2015

Sejarah kejayaan Shaklee 1915 - 1979

1915 : Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta Multivitamin pertama iaitu Vitalized Minerals.
1956 : Pada tahun ini Dr Forrest Shaklee telah menubuhkan syarikat berdasarkan Living in Harmony With Nature yang beriltizam untuk menghasilkan produk yang boleh memperbaiki kesihatan manusia.

1960 : Basic H Concentrated Organic Cleaner telah diperkenalkan oleh Shaklee sebagai salah satu puncuci dibiodegradasi dan tidak bertoksik yang pertama.1961 : Dr. Shaklee telah mencipta Protein segera iaitu salah satu rumusan pengasingan protein Soya yang pertama. Kini dikenali sebagai Energising Soy Protein

1972 : Shaklee memperkenalkan salah satu serbuk pencuci pakaian boleh dibiodegradasi tanpa fosfat, nitrat, atau borat yang pertama.



Thursday, 29 January 2015

Perbezaan Shaklee

Hari ini saya nak cerita sedikit apa perbezaan Shaklee dengan yang lain-lain. Shaklee ni kalau u all semua nak tahu ia sentiasa selamat secara semulajadi dan telah terbukti berkesan selama lebih 50 tahun. Kenapa saya kata Shaklee ni selamat , berkesan dan mesra alam? 

Bagi menjaga kualiti produk , Shaklee telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun dan 350 ujian-ujian pencemaran dikendalikan bagi setiap ramuan botani baru. Bahan botani yang digunakan telah mendapat pengesahan daripada pihak ketiga bagi menjamin potensi produk supaya mendapat 100% jaminan kepuasan.

Shaklee telah melaburkan sebanyak USD 300 juta dalam membuat ujian penyelidikan dan pembangunan ke atas produk. 60 orang saintis Shaklee telah terlibat dalam menjalankan ujian penyelidikan ini. Dimana terdapat 70 kajian klinikal bercetak dan terdapat 55 paten dan paten tertunda. Semasa kajian yang ke 50 telah menunjukkan pengguna Shaklee telah mengambil makanan tambahan dalam jangkamasa yang panjang untuk mendapat kesihatan yang lebih baik.

Produk Shaklee ni mesra alam kalau u all semua nak tahu kerana tiada perasa tiruan,tiada pemanis tiruan,tiada pewarna atau lemak trans, tiada bendasing tersembunyi, tiada ujian terhadap haiwan, tiada bahan yang diharamkan dan tiada peluntur klorin.
Inilah serba sedikit info kenapa produk Shaklee ni berbeza.

Monday, 19 January 2015

Set Combo OmegaGuard

Set Combo Omega Guard Shaklee

Omega Guard memberi manfaat kesihatan kepada semua peringkat umur. Omega Guard membekalkan asid lemak Omega-3 yang sangat bermanfaat untuk kesihatan manusia secara menyeluruh.

Antara kombinasi Omega Guard “SAVE BAJET” dengan produk lain adalah seperti berikut:

1) OMEGA GUARD + ADVANCE JOINT HEALTH TABLET
• Kesihatan sendi
• Memudahkan pergerakan
• Meningkatkan kesihatan pesakit arthritis dan gout

2) OMEGA GUARD + ALFALFA COMPLEX
• Detox dan membantu membakar lemak.
• Kawalan kolesterol
• Kesihatan jantung
• Bermanfaat untuk pesakit gout dan artritis
• Kesihatan sendi
• Meringankan sembelit dan buasir

3) OMEGA GUARD + CAROTOMAX
• Kesihatan mata
• Mengurangkan risiko mata kering
• Melegakan masalah kulit
• Kesihatan tisu kulit
• Meningkatkan imuniti

4) OMEGA GUARD + CHEWABLE VITA C
• Meningkatkan kesihatan anak
• Manfaat buat pesakit asma
• Kulit yg sihat

5) OMEGA GUARD + COQ HEALTH PLUS
• Keishatan jantung
• Kawalan kolesterol
• Mencegah salur darah dari tersumbat
• Kecantikan kulit
• Kesuburan lelaki

6) OMEGA GUARD + ESP
• Tenaga berpanjangan
• Kawalan paras kolesterol
• Kecantikan
• Sesuai utk ibu mengandung & menyusukan anak
• Kulit yg sihat berseri
• Slimming

7) OMEGA GUARD + GARLIC COMPLEX
• Mengawal darah tinggi
• Kawalan kolesterol
• Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
• Bantu rawat asthma

8) OMEGA GUARD + GLA COMPLEX
• Kawalan kolesterol
• Kecantikan
• Melembapkan kulit
• Menangani jeragat
• Kesihatan sendi
• Anti radang
• Kesuburan wanita
• Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita

9) OMEGA GUARD + HERB-LAX
• Slimming
• Meringankan sembelit dan buasir
• Mengempiskan perut

10) OMEGA GUARD + LECITHIN
• Slimming
• Kawalan paras kolesterol
• Kesihatan jantung
• kesihatan sendi
• Meningkatkan perkembangangan memori (janin, kanak-kanak dan orang dewasa)
• Mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati

11) OMEGA GUARD + NUTRIFERON
• Meningkatkan pertahanan tubuh
• Melindungi dari batuk dan selsema
• Manfaat untuk pesakit asma dan eczema

12) OMEGA GUARD + OSTEMATRIX
• Membantu melegakan simptom senggugut
• Menggalakann kulit yg cantik
• Menggalakkan tulang yg kuat
• Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
• Melegakan sakit2 sendi

13) OMEGA GUARD + SR VITA C
• Manfaat kesihatan kulit
• Meringankan asma
• Meringankan eczema
• Meningkatkan system pertahanan badan
• Meringankan batuk dan selsema
• Kawalan kolesterol
• Mempertingkat kecerdasan mental
• Kecantikan
• Bermanfaat utk perkembangan saraf dan otak bayi
• Sesuai untuk ibu mengandung & menyusukan anak

14) OMEGA GUARD + VITA E COMPLEX
• Kesihatan jantung
• Kecantikan kulit
• Kesuburan lelaki
• Mencegah salur darah dari tersumbat

15) OMEGA GUARD + ZINC COMPLEX
• Kawalan diabetes
• Meningkatkan sistem imun
• Kesuburan lelaki
• Kesihatan kulit

16) OMEGA GUARD + MEAL SHAKES
• manfaat untuk masalah asma dan eczema anak2
• meningkatkan kesihatan
• menguatkan daya ingatan dan tumpuan
• memberi tenaga dan selera
• meningkatkan daya tumpuan