Friday 26 September 2014

Diabetes atau kencing manis

Bagaimana Kencing Manis Berlaku?

Kencing manis berlaku apabila kelenjar pankreas sentiasa menggunakan insulin dan kadangkala melebihi paras normal. Pada masa sama badan tidak dapat menggunakan insulin ini, menjadikan pesakit dalam keadaan tidak cukup insulin.

Insulin adalah sejenis hormon yang mengawal paras gula dalam darah. Apabila kita makan atau minum, kandungan gula dalam makanan atau minuman itu meransang kelenjar pankreas untuk menghasilkan insulin.

Insulin ‘membenarkan’ gula yang dipecahkan dalam bentuk ringkas dalam darah berpindah ke sel bagi membolehkan sel berfungsi.

Bagaimanapun, sekiranya proses pemindahan tidak berlaku (akibat kekurangan insulin), darah akan mempunyai gula yang berlebihan. Maka dengan itu akan berlakulah kencing manis.
Tanda-tanda kencing manis adalah seperti berikut :-
  • Sering dahaga dan sering perlu minum air.
  • Sering ketandas.
  • Terasa badan lemah.
  • Berat badan turun dengan cepat
  • Penglihatan semakin kabur.
  • Terasa pening kepala.
Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.
Golongan Berisiko Tinggi.
 Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :-
  • Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)
  • Mereka yang berat badan agak tinggi
  • Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas
  • Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.
Bagaimanapun penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.
Mengesan Kencing Manis
Kencing Manis dapat dikesan dengan ujian air kencing atau ujian darah. Ujian darah amat mudah digunakan dan dapat mengukur kadar gula dalam darah dengan tempoh beberapa minit sahaja. Selain itu terdapat ujian daya tahan glukos dimana pesakit akan disureh meminum minuman bergula dan mereka diuji untuk memastikan peningkatan kadar glukos. Selain itu ujian puasa glukos di mana mereka yang diuji akan dilarang makan atau minum semalaman sebelum mereka diuji untuk menentukan kadar glukos mereka.

No comments:

Post a Comment