Friday 5 December 2014

Batu karang

U all nak tahu baru-baru ni kawan saya baru sahaja menjalani pembedahan untuk membuang batu karang. Kesian saya tengok dia. Mudah-mudahan dia cepay sembuh ya. Pada masa mula- mula dia kena batu karang tu dia mengadu sakit di bahagian pundi kencing. Saya ada suruh dia pergi berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan tapi dia ni degil orangnya. Tak nak dengar cakap orang. Dia kata sakit biasa je. Selepas selang beberapa hari dia datang ke pejabat dengan muka pucat dan tak bermaya. Dia mengadu lagi katanya dia susah nak buang air kencing kali ni dan semakin sakit. So lepas tu saya paksa dia untuk membuat pemeriksaan doktor. Then doktor dah sahkan yang dia ada batu karang.

U all nak tahu tak bagaimana batu karang boleh terbentuk? Jom kita selami tentang  penyakit batu karang ni. Batu karang ni merupakan butir-butir pepejal keras yang terbentuk di dalam air kencing. Batu karang ni boleh terbentuk di mana-mana organ badan yang berkait rapat dengan proses pembentukan dan pembuangan air kencing seperti buah pinggang , pundi kencing dan saluran uterer (saluran menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing). Kalau u oolllsss semua nak tahu batu karang ni terbentuk apabila kandungan bahan seperti kalsium , oxalate , cystein atau asid urik di dalam air kencing pada kadar yang tinggi. Batu boleh terbentuk jika bahan tersebut pada kuantiti biasa tetapi jumlah air kencing sangat rendah. Bahan tersebut akan membentuk kristal halus yang kemudian melekat pada dinding buah pinggang Dan membesar hingga menjadi batu karang.

Apakah simptom-simptom bagi seseorang yang terkena batu karang :

* rasa senak yang kronik dengan rasa mual,angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.

* loya dan muntah. Kadangkala batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.

Faktor risiko :
(1) kurang minum air
(2) sejarah keluarga / keturunan atau sendiri
(3) umur - kebanyakkan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun
(4) lelaki lebih mudah terkena Batu karang daripada wanita
(5) gaya hidup yang kurang aktif
(6) jangkitan kuman saluran kencing yang berulang

Gejala Batu karang :
(1) kencing berdarah
(2) sakit belakang / kawasan pundi kencing
(3) wujud butiran pasir di dalam air kencing
(4) jangkitan saluran kencing (batu karang ialah punca jangkitan)
(5) demam dan badan menggigil
(6) kencing kotor

Bagi memastikan sesiapa yang pernah terkena batu karang dinasihatkan minum air secukupnya. Ini kerana jika terdapat batu karang bersaiz kecil , air kencing yang banyak dapat mengeluarkan batu itu secara normal.

No comments:

Post a Comment