Sunday 19 October 2014

Pigmentasi

PUNCA PIGMENTASI

Masalah JERAGAT di kalangan Warga Penduduk Dunia atau nama medikalnya “Melasma” adalah salah satu dari
masalah kulit yang sangat biasa di kalangan Penduduk Asia Khasnya dan berada pada 10 Tangga teratas didalam
masalah kulit yang dihidapi.
Namun kaum wanita lebih kerap terlibat dimana nisbahnya lebih kurang 12:1 (Wanita: Lelaki). Nisbah ini berbeza-beza dari satu Negara ke Negara yang lain.
Insiden yang paling tinggi dilihat pada mereka yang berumur 25 – 45 tahun. Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi.
Namun terdapat juga mereka yang mengalami nya pada hidung dan dahi. Tak kurang juga yang melibatkan
belakang badan serta di tempat tempat sulit.
Semua wanita mengimpikan kulit wajah yang bersih, bebas dari jerawat mahupun flek hitam. Namun salah satu masalah yang paling sering terjadi pada sebagian besar wanita Asia, terutama yang berusia di atas 30 tahun, adalah timbulnya flek hitam atau melasma (pigmentasi) di
wajah.
Pigmentasi kulit atau melasma, boleh terjadi di beberapa bahagian tubuh, terutama di kawasan muka wajah akibat
sinaran UV yang tidak bertapis.
Selain terdedah dengan pancaran matahari, melasma juga dapat terjadi akibat pengambilan ubat hormon seperti ubat pencegah kehamilan. Flek hitam juga timbul akibat bekas adanya jerawat, pemakaian ubat antibiotik, antiepilepsi
dan antiperadangan.
Pemakaian kosmetik yang kemungkinan besar mengandungi merkuri, hidrokuinon dan asam salisilat juga dapat membuatkan pigmentasi pada kulit wajah. Kerana apabila digunakan terus menerus, ia akan menyebabkan
kulit menjadi nipis dan sangat sensitif terhadap pancaran matahari.
Apabila kulit menjadi nipis dan semakin berumur (tua) ia tidak mampu lagi menghasilkan pigment kulit yang baru,
oleh itu pigment kulit lama yang telah mati dan tidak dapat diperbaharui akan kelihatan hitam dan bertompok-
tombok pada kulit wajah. Semakin lama pigment kulit yang mati akan menjadi banyak. Itu sebabnya kenapa pigmentasi pasa asalnya hanya sedikit sahaja di
permukaan wajah akan merebak dan menjadi besar jika tidak membuat apa-apa tindakan untuk mencegahnya.

Sebab-sebab terjadinya melasma (Jeragat):-
1). Terdedah Kepada cahaya matahari terik.
2). Penggunaan Hormone. Contohnya Pil perancang.
3). Penggunaan kosmetik / Rawatan kulit tidak sesuai.
4). Keturunan.

Bolehkan Pigmentasi Dihilangkan?

Pigmentasi yang telah menjadi hitam tidak mampu dihilangkan oleh mana-mana produk kecantikan. Dengan
pengunaan laser sekalipun pigmentasi tidak mampu dihilangkan. Namun kawasan gelap pigmentasi hanya
boleh dirawat dan dicerahkan sama rata dengan kecerahan kulit asal jika menggunakan produk kecantikan
yang betul dan selamat.

No comments:

Post a Comment