Friday 20 February 2015

Fungsi kalsium

Fungsi kalsium.

Entri kali ni saya nak bercerita tentang fungsi kalsium kepada tubuh badan kita. Seperti yang u all tahu kalsium berfungsi untuk pembentukkan gigi dan tulang yang kuat. Kalsium bukan setakat untuk gig dan otot ya tetapi ia juga untuk kesuburan dimana kajian para ilmuan mendapati dihujunh sperma terdapat komponen kalsium yang berfungsi membelah dan menembusi dinding telur kemudian baru pembentukan janin.

Kadangkala u all ada rasa kebas dan kesemutan juga merupakan kekurangan kalsium dimana kalsium berfungsi untuk memastikan otot dapat meregang dan mengecut. Kebas-kebas pada otot adalah kerana ototnya tidak meregang dan berkontraksi. Ia berlaku apabila mesej dari otak tidak sampai ke otot dan saraf (proses neurotransmitter. U all perlu tahu bahawa ion kalsium membantu pelepasan neurotransmitter. Ketiadaan kalsium menyebabkan arahan tidak sampai kepada penerima iaitu otot dan saraf.

Kekurangan kalsium akan menyebabkan sistem pertahanan tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Dimana kalsium bertindak sebagai alarm kepada sistem imun tubuh badan kita. Jika kita dijangkiti virus , sistem imun kita akan bertindak untuk memusnahkan virus. Sebenarnya sebelum sistem imun bertindak ion kalsium yang membawa arahan supaya sel-sel imun bertindak memerangi virus dan kuman. Kekurangan  kalsium akan menyebabkan sistem pertahanan tidak dapat berfungsi sepenuhnya.

Kalsium juga bertindak sebagai melancarkan sistem jantung dimana otot jantung akan bergerak apabila menerima arahan daripada kalsium.

Itulah diantara fungsi-fungsi kalsium yang saya dapat share dengan u all hari ni.

No comments:

Post a Comment